Sunday, November 27

Tidak matang itu pemuda.

Terbaca satu status di facebook.

"Dengarlah fatwa anak muda, dia membid'ahkan itu-ini dan kemudian apabila dia telah menemui ilmu baru maka dia pun akan berkata dengan selamba dahulu itu adalah pendapat lamaku (qaul qadim) dan kini aku sudah mempunyai pendapat baru (qaul jadid) dengan selamba dan tanpa rasa bersalah mahupun bertanggungjawab....mujtahidlah katakan, orang awam yang copy paste dan mengikut fatwanya pun tercenggang...jadilah mereka lebai malang !"

Terfikir juga. Banyak benarnya.

Orang muda memang sering dikaitkan dengan ketidakmatangan. Memang sifat pemuda, akalnya tidaklah sehikmah mereka yang sudah tua, veteran gitu. Pengalaman yang melengkapkan ilmu, walau sedikit, dapat membentuk pemikiran yang sejahtera walaupun tanpa ijazah dan iktirafan. Tapi pemuda, yang masih baru kenal dunia, apalah sangat tahu asam garam kehidupan?

Lihat sahaja peristiwa nabi Ibrahim ketika merosakkan berhala.


(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya".

(Ketua-ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

Al Anbiya' : 60 - 61.

Begitulah, sudah menjadi satu polemik masyarakat mengukur kematangan dengan skala umur. Perkataan "fata"  yang merujuk kepada Nabi Ibrahim itu melambangkan anak muda yang dipersoalkan tindakkannya, membawa sesuatu yang dianggap asing dari masyarakat. Seolah olah memberi ruang kepada keraguan dari masyarakat, hanya kerana statusnya "orang muda".

Dan polemik ini makin menjadi jadi.


Orang muda ni, sering dikaitkan dengan hamasah. Hamasah sebenarnya bukanlah sekadar semangat, tapi lebih hampir kepada erti "gelora atau gelombang". Ya, lihat sahaja pemuda pemuda yang mengubah dunia, akan lahir setiap zaman. Akan ada saja mereka yang membawa gelombang perubahan, biar kecil tapi bermakna dengan bantuan Allah.

Khaled saied, wael ghonim dengan facebooknya, Mohamed Bouazizi dengan bakar dirinya, dan ratusan lagi nama yang berbekas dalam hati pejuang agama.


Sayangnya, pemuda terlalu singkat pemikirannya tapi membara semangat mereka, dan terkadang semangat ini disalurkan tanpa ada yang memandunya. Lantas, timbul rasa tidak senang dengan arus pembaharuan golongan muda. Yang tua mahu keselesaan, yang muda mahu perubahan.

 Ingin membawa perubahan kepada ummah, tapi gersang dengan hikmah. Menegur perbuatan ibadah ini salah, tapi langsung tidak mahu mengalah. Alahai.

Contohnya, antara dimensi fikrah yang kita sebarkan adalah menyeru manusia supaya beramal dengan ibadah yang sahih, tanpa ada taqlid buta atau sekadar ibadah ikut ikutan sahaja. Yang harus kita fahami adalah kita menyeru supaya mereka menilai semula ibadah mereka, bukan terus memaksa supaya menerima kaedah atau cara yang kita suka. Tapi yang selalu terjadi adalah kita menyeru supaya diraikan pendapat kita, diterima hujah kita, dan akhirnya natijah "dakwah" yang kita lakukan hanya memuaskan nafsu ego dan kemenangan dalam jidal, tidak lagi kerana Allah.



Allahu Allah.


Adwa' sendiri kadang kala terlepas pandang. Berhujah dengan pendapat yang diyakini, tapi menggadaikan rasa hormat dan kepercayaan mata lain yang memandang.

Dan selalu selepas itu, adwa' rasa sangat sangat bersalah. T_T

Apalah yang salah jika kita memerhati waqi' dan sifat sesuatu objek dakwah itu sebelum bermula?
Adwa' jika disuruh menjadi imam, kadang kala menilai dulu siapa makmumnya. Jika ikhwah sefikrah, maka manhaj solat berbeza. Bacaan basmalah yang sirr pada Al Fatihah yang jahar, tanpa doa selepas solat dan sebagainya. Itu bergantung kepada pendapat masing masing.

Tapi sekiranya kita rasa makmum itu berbilang pemikiran, terus saja solat dengan manhaj yang selamat. Menjaga kepentingan ukhuwah, menjaga thiqah dan mengelakkan kekeliruan lebih tinggi maslahatnya dalam fiqh masalih. Thats how things work.


Begitu juga dalam dakwah. Kalau ada pemuda yang tak setuju dengan cara cara pakcik2 buat kerja, maka itu perkara biasa.Di arah lain, dibuatnya lain. Masing masing bukan baru pula tu. Semua dah tahu selok belok beramal jamaie, adab dan tuntutannya.

Lantas jurang antara syabab dakwah, dan pakcik pakcik itu semakin luas.  Dan lantas, buat insan insan baru sepertiku kebingungan.

Sudah sampai masanya untuk para pemuda mengenali bagaimana potensi itu disalurkan, bukan sekadar jelas dengan arah mana ia menuju. Manusia mungkin tak nampak apa destinasi kita, tapi mereka masih tahu kita sedang bergerak ke arah sesuatu.

Maka perhalusi perjalanan mu, perkemas langkahmu, biar mereka tergerak untuk menyertai kafilah tajdid kita, atau mungkin sekadar bersorak meraikan.



Yang muda akan tua, yang tua pernah muda.





Masih merenung hakikat penciptaan diri ini, masih menikmati saat indah muda mudi.


Yang mendambakan hikmah,

Adwa' al Muhandis.

3 comments:

aiman said...

8|

Deeinalee said...

Semoga menjadi pemuda yg bakal mengubah dunia . Syukran!

Qaseh Ana said...

Kata pujangga Arab,
"Tidak layak digelar pemuda, orang yg asyik berbangga dengan sejarah ayahnya. Namun pemuda sebenarnya adalah yang berkata : Ini adalah aku."

Nice one..bt O.T.A.K berfikir..coretkn apa yg dilakukn ktika di masa muda..takut,tiada apa2 yg tertulis..:|