Aku sedih melihat mereka yang menangis kerana cinta, sedih kerana cinta, duka kerana cinta. Seolah olah cinta manusia itu menjadi tujuan hidupnya. jika kamu tahu tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya masa untuk perkara seperti itu. bahkan rehat itu satu tanda kelalaian bagi daie.
Aku gundah memikirkan ada insan insan yang inginkan pasangan soleh solehah, tapi tidak pernah mengukur diri sendiri, selayak mana kita sekarang, adakah cukup layak untuk mendamba cinta insan ditarbiyah? Lengkapkah persediaan kita untuk melengkapi insan di sana?
Aku runsing memikirkan anak anak muda leka dalam mencari cinta dalam dakwah, hingga perjalanan dakwahnya menyimpang dari jalan yang asal. Dakwah yang sepatutnya tulus dan bebas dari kepentingan diri, kini menjadi agenda utama untuk melangsaikan hutang fitrah mudanya yang sentiasa bergelora.
Pastinya remaja yang mencari cinta tidak asing dengan firman Allah,
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
Benar, insan yang baik adalah untuk insan yang baik juga. Tapi sedarkah kita, qalam Allah ini sebenarnya mengandungi rahsia yang lebih dari itu? Ia menunjukkan kompas cinta yang suci.
Baik yang dimaksudkan sangat subjektif. Ia diukur bukan dari neraca yang sama. Sejauh mana diri yang menilai itu terislah, sejauh itu juga kriteria yang harus dipenuhi untuk seseorang itu dianggap 'baik' dari kaca mata si penilai. Itu sifirnya. Itulah orientasi kompasnya; mencari kutub kebaikan pasangan berdasarkan kutub kebaikan diri sendiri!
Insan disana mungkin merasakan dirimu tidak sesuai dengan dirinya, namun insan di sini mungkin menganggap engkaulah pasangan idamannya. Carilah 'insan di sini' itu hanya bila tiba masanya. Jika engkau tergesa gesa, akan ada hati yang kecewa. akan ada hati yang merana.
Di sebalik jendela ini jari jemariku menaip. Aku menulis bukan kerana sempurna, tapi kerana aku juga manusia biasa, yang punya pengalaman yang sama. Aku pernah jatuh, dan kembali bangun kerana cinta.
2 comments:
Jika benar nikahmu kerana dakwah, biar dakwah yang menyusunnya untukmu. Usah khuatiri, tangisi cinta cinta remaja picisan yang tidak membawa apa apa. Kelak hatimu akan binasa.
menarik...:)
salamun alaik akhi adwa'
alhamdulillah akhi.penulisan yang baik.
ilmu enta memang berpengetahuan luas.
semoga ilmu itu dapat membangunkan masyarakat.
dan facebook enta mula menaikkan semangat jihad untuk Palestine.ajak saya sekali jika enti nak pergi berjihad.huhu gurau saja.
Post a Comment