Tempohari, dalam bulatan gembira Adwa', kitorang ada bincangkan pasal kafir. Bagaimana kita sebagai seorang muslim, tidak boleh mengkafirkan seorang muslim yang lain, juga mengkafirkan seorang yang non muslim. Rasulullah pernah bersabda,
Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, "Wahai si kafir!" Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, maka kafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya."
HR Muslim dalam Sahih Muslim.
Namun, sifat kufur itu tidak terbatas kepada golongan atheis dan golongan yang mengingkari risalah Islam sahaja, malahan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan sebahagian yang lain juga adalah kafir, seperti firman Allah,
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan : "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),
أُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقّاً وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُّهِيناً
Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
وَالَّذِينَ آمَنُواْ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَلَمْ يُفَرِّقُواْ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ أُوْلَـئِكَ سَوْفَ يُؤْتِيهِمْ أُجُورَهُمْ وَكَانَ اللّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya dan tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka, kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahalanya. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
An Nisa' : 150 - 152
Tapi cene pulak dengan orang yang mencampur adukkan al hawa' dan al haq dalam diri dia? Hidup sebagai seorang muslim, tapi masih melakukan dosa yang terang terangan berlawanan dengan ajaran wahyu. Dalam soal ini, imam Al Bukhari telah berpendapat:
"Maksiat adalah perkara jahiliyah tetapi pelaku maksiat tidaklah menjadi kafir dengan melakukannya kecualilah bila berlaku syirik. Ini semua berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya engkau seorang yang ada padamu sifat jahiliyyah"
Kata kata yang diambil berdasarkan kisah Abu Dzar, seorang sahabat yang hebat (mesti korang ingat kisah dia yang buat announcement pasal islam, pastu kene pukul sampai pengsan, tapi tak serik serik) yang memanggil Bilal sebagai "anak wanita berkulit hitam". Mengadunya Bilal kepada Rasulullah, terus Rasullulah berjumpa dengan Abu Dzar dan berkata bahawa Abu Dzar, di sebalik jasa jasa yang banyak kepada Islam, masih mempunyai sifat jahiliyyah. Abu Dzar tersedar dan terus meminta Bilal memijak mijak kepalanya di tanah.
Kita dapat lihat, satu maksiat sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita masih belum bebas dari sifat jahiliyyah, tetapi tidaklah seseorang itu menjadi jahil sepenuhnya, kecuali apabila mensyirikkan Allah dalam ibadahnya atau beriktikad bahawa sebahagian dari syariat harus ditolak.
Ok adwa' tak berminat nak mengulas panjang sebenarnya wahaha. Masa tidak mengizinkan.
Tapi Adwa' nak mengajak kita melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza.
Cuba bayangkan, sekiranya satu negara islam itu mengenakan hukum hudud, apa agaknya tindakan orang kafir ek? Bagaimana penerimaan mereka? Seorang kafir dialukan masuk Islam, tapi seorang yang Islam sejak lahir akan dibunuh sekiranya keluar Islam. Di mana keadilannya pada mata orang kafir?
Apa pendapat anda?
1 comment:
okay... syukran
Post a Comment