Friday, March 29

Akhlak atau cuma peribadi?


Akhlak itu,
umpama kata Al Ghazali,
adalah perbuatan yang kita lakukan tanpa perlu berfikir fikir.

Dengan peribadi murni, ia lantas sendiri terzahir.

Jika kita perlukan masa untuk bertanya pada diri sendiri,

"Oh, baik aku menolongnya membawa buku buku berat itu.."
"Agaknya pasti lebih molek kalau aku bukakan pintu untuk pakcik itu"
"Apabila dia datang, aku akan berpeluk cium laga pipi dan bertanya khabar.."

Maka ketahui, itu masih bukan akhlakmu yang terbina.
Akalmu masih perlu berkira kira.

Akhlak itu tidak perlu diatur aturkan.

Ia hadir bersama iman.


4 comments:

Cik Imia said...

Ouhh. Rindu akan usrah. Yang pernah mengajar aku buah kepada iman adalah akhlak :'D

Menang atau Syahid Adwa'. said...

sekarang tak ada usrah?

Cik Imia said...

Ouhh. Sekarang bru hbes sekolah. Tak masuk mna2 usrah lagi. InsyaAllah I will bila dah masuk mna2. Pray for me :')

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Elok elok jaga iman, dik.