Wednesday, December 4

Itu sabar seorang nabi, sabarku?


Menangisi kisah Musa,
Dari lembar lembar antara jumaat, Al Kahf, yang tersirat dalam satu surat.

"Kau akan dapati aku, InsyaAllah, seorang yang sabar.", ungkap Musa, yakin.

Dan sebelum ini kesabaran Musa terbukti, dengan kesungguhannya berjalan dalam mencari titik temu dua lautan, atau masa yang panjang.

Musa sangat sabar.

Cuma sabarnya seorang nabi, mungkin berbeza pada seorang nabi yang lain.

Andai Musa lebih bersabar, mungkin kita akan mendapat lebih banyak pelajaran.”,
komentar baginda Muhammad, atas narasi Bukhari dan Muslim.

Sabar seorang manusia biasa sepertiku, mencari jawapan perjalanan hidup,
bagaimana?

Masih menunggu jawapan daripada penantian.




No comments: