Wednesday, April 10

Selembut hati Umar.



Apakah titik perubahan Umar dalam hidupnya?
Mungkin kita akan jawab, babak dimana Umar membaca Surah Taha ayat 1 - 8.

"Thaha. 

Kami tidak turunkan Al-Quran itu kepadamu agar engkau menjadi berat, 

tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut. 

Diturunkan oleh Allah yang menciptakan bumi dan langit tinggi. 

Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas arasy. 

Kepunyaan-Nya semua yang ada dilangit ,semua yang ada di bumi, dan semua yang terdapat di antara keduanya, serta semua yang terpendam di bawah tanah. 

Jika kamu meneruskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan semua yang lebih tersembunyi. 

Dialah Allah , tidak ada Tuhan selain Dia. Dia yang memiliki nama-nama yang sempurna."


|| Taha : 1-8||



Ayat ini justeru dinamakan sebagai ayat pelembut hati,
kerana dikatakan berjaya melembutkan hati insan sekeras Umar,
yang ketika itu penuh kebencian;
Hingga mahu membunuh adik kandung. Hingga ingin membunuh Rasul yang Allah utuskan.

Cuba baca tafsir. Baca baca. Cuba tengok video.
Tapi tak jumpa.

Tak jumpa lembutnya di mana.

Maaf, tapi aku tak dapat rasa.

Cuma khuatir, 
kalaulah aku yang ditempat Umar, 
entah ayat yang 'melembutkan hati' sebegini mampu melembutkan hati kerasku
supaya menerima Islam dan beriman dengan sebenarnya.

Mungkin maksiatku lebih bertimbun dari maksiatnya Umar ketika jahiliyahnya,
Kerana itu mudahnya Umar beriman sedangkan aku masih tercari cari jalan usaha.

Mungkin kah aku yang mengaku beriman ini,
lebih buruk kelakuannya dari Umar saat dia dalam gelita?
Kerana itu hati kami berbeza?

Begitukah?

Aku pernah juga membentangkan ayat ini semasa tadabur bulatan gembiraku bersama adik adik.
Hanya Allah yang tahu betapa beratnya itu, betapa aku malu,
berkongsi dengan manusia sesuatu yang aku tiada.

berkongsi tentang lembutnya hati,
sedangkan aku masih juga tercari cari.


Ya Allah,

Tunjukkan jalannya di mana.


2 comments:

Nasriah Ns said...

seolah-olah Allah sedang memujuk umar, seperti seorang ayah memujuk anaknya. ketika mana hati umar kuat memberontak, Allah memperkenalkan dirNYA dengan mengingatkan umar siapa Dia dengan pensabitan penurunan Al-quran.
begitu mudah lembutnya hati umar, dengan asbab iman yang teguh, namun diuji dengan manusia yang bersifat lemah itu sendiri.

wallahu'alam.

Aamiin, teruskan berdoa, moga Allah memberikan rasa, tika mana engkau perlu menukar gembira dengan seka air mata, air mata penghapus dosa.

Tidak ada kesusahan melainkan dengan pertolongan Allah. Biiznillah InshaAllah.

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Syukron berkongsi, Nasriah.

Mungkin hati masih tidak lembut, masih tak dapat rasa.
:(