Friday, April 12

Buang Follower.


Ya,
aku singkir ruangan Follower di bawah laman tulisan.

Mungkin lebih sejahtera buat diriku, si budak hingusan.
Jantung yang berdegup ini masih perlu disuci
Dibersih, dirapi.

Asal kau tahu,
debu debu sum'ah selalu merayap hinggap.

Aku dengan kedhaifanku hanya mampu tersedu sedu

dan dengan air mata itu,
jantungku aku gilap.

Harapnya amal yang kecil ini dipandang Ilahi
Harapnya di sana nanti aku tidak merugi.

Aku berbicara sendiri,
entah apa perlunya dikenali, dan diikuti.

Kerap juga aku disapa,
"Akh, enta siapa?"

Dan sebegitu kerap juga aku membabaskan bualan,
hingga niat tanya itu bukan lagi yang engkau mahukan.

Aku ini lelaki biasa,
sekadarnya.

Tidak melebih apa apa dari siapa siapa.

Aku sekadar kongsi apa yang aku mampu kongsi,
Dan kau juga pasti lebih tahu,
Bekas yang tidak terisi
masakan mampu mengisi?

Untuk aku teguh berdiri, aku perlukan sangka baikmu.
Untuk aku kuat lagi, aku perlu doamu hari hari.
Untuk aku sentiasa bahagia, kamu perlu beri aku cinta.

Maka, percaya.

Allah akan pertautkan hati kita mesti kita tidak pernah bertatap muka.


Jalan ini panjang. Penuh duri. Tapi henti sebentar, perasankah yang ia sangat indah?



2 comments:

ismisyahida. said...

maka percaya,
Allah akan pertautkan hati kita mesti kita tak pernah bertatap muka.

dan waktu hati itu ditaut tanpa kita tak pernah bertatap muka,
percaya,
itu lebih indah.

jzkk atas perkongsian, yang menyentap rasa.

Menang atau Syahid Adwa'. said...

:)