Tuesday, February 14

Pergi gym hari ni.

 
Dalam tarbiyah, kita amat menekankan aspek penjagaan badan.

Tak hairanlah jika salah satu dari 10 muwassafat tarbiyah adalah qowiyyul jismi.

Tak hairan jika Al Imam Hassan Al Banna pernah berkata, "Kita bukan pasukan sukan tapi kita sangat pentingkan penjagaan badan.."

Tak hairan jika riadah termasuk dalam mutabaah amal mingguan..

Tak hairan jika dalam mukhayyam askari termasuk dalam wasail tarbiyah..

Tak hairan juga jika Salman al Farisi pernah berkata kepada Abu Darda', "Badan kamu ada hak ke atasmu"

Untuk bekerja demi islam, kita perlukan badan yang kuat. Masalah yang sering berlaku kepada aktivis (akhowat terutamanya) adalah melupakan senaman dan riadah.

Semoga kita sentiasa beringat bahawa kita perjuangkan islam yang kaffah.
 

1 comment:

Anonymous said...

koff..koff..*terasa*