Thursday, November 18

Eidul Adha.

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam buat qudwah teragung, sahabat, keluarga, dan seluruh rantaian dakwah yang sentiasa kuat menghambat masyarakat dari terus leka.





Hari Raya Aidiladha.
Buat mereka yang tidak bersama keluarga.
Oh what a day!

Semalam,
Lepas solat hari raya,
Rasa kosong.
Teringat lak kat family.
Mak ada cakap pagi tu, "Selamat hari raya ye. Mak balik kampung petang ni"
wah..T_T
Lamanya tak tengok kampung
Rindunya kat sawah atuk, laut tempat tenangkan fikiran, anak anak dara jiran, sepupu sepupu T__T
Oh Selamat hari raya buat famili ku di kampung ohhh!

Hari raya bagi seorang bujang,
yang sedang bergelumang dengan lab reports yang sudah lewat sehari,
dan exams yang akan datang menyerang,
serta daurah dan mukhayyam yang bakal berlangsung,
tidaklah semeriah mana. Tiada persiapan super.


Namun bukan itu tanda aras satu pengorbanan.
Pengorbanan seorang pelajar yang sebenar bukan diukur dengan wang wang yang dikeluarkan membeli persiapan juadah raya, baju baju baru.


Pengorbanan seorang pelajar adalah apabila dia rela berjauhan dengan keluarga, tegas dengan ayat ayat rindu rindu mereka yang tersayang demi menuntut ilmu keranaNya.



قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ 
اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
At Taubah : 24

Bukan seperti sesetengah orang Mekah yang kepada mereka ayat ini ditujukan, merasa berat untuk berhijrah ke Madinah. 
"Kami tetap bersama saudara saudara, keluarga dan tempat tinggal kami di sini" gahnya jawapan mereka pabila ditanya sebab mereka tidak ikut berhijrah oleh Saidina Ali.  


Pengorbanan seorang pelajar juga terletak pada bekalan bekalan komitmen dan perhatian yang ada dibahagikan di antara pelajaran dan tarbiyah. Usrah, daurah, rehlah, mukhayyam dan wadah tarbawi yang lain tidak hanya bermodalkan masa yang sedikit. Malah kadang kala seminggu lamanya.

Beruntunglah mereka yang berjaya memotong masa sebelum masa memotong mereka.



إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ.إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
 Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Al Asr : 2-3


Tapi di situ terletak kemanisannya pengorbanan. Bukan hanya bila berjaya, bukan hanya bila kita menang, namun manisnya turut terasa bila kita menyumbang. Kita sedari hakikat bahawa sebanyak mana pengorbanan kita, ia hanya satu cebis kecil kepada kemenangan dakwah, namun tetap membawa erti yang besar pada diri sendiri.



Bercakap pasal manis,

Semalam ada sedikit feast (free yay!) dari Islamic Society untuk semua.
Semua juadah ada tapi rasanya korang dah taw sume kan. Nasi beriyani, daging semua tu.
Yang best sikit cuma Pakistani dessert nye je. Ni ha siap upload pic skalik.






Itu je.
Nak siapkan lab report (yang da lewat sehari tu ^_^")
Eid mubarak semua rakan rakan taulan yang mengenali Adwa' dan orang di sebalik Adwa'.

Taqabballallhu minna wa minkum.




 Moga bertambah taqwa!




لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
 Al Hajj : 37

1 comment: