Saturday, November 30

Hijrah.


"Ada akhowat yang join dnt, semata mata mahu bergelar solehah dan mahu suami soleh.."

Saya tak terkejut mendengar kenyataan ini.
Bahkan bukan sahaja akhowat, malah ikhwah juga sama.
Fenomena yang biasa kita temui.

Simptomnya?

Bila bernikah dia lemah lesu dalam dnt. Usrah mula ponteng, mutabaah amal makin dilupa, meeting mula tidak hadir.

Fenomena ini sejak dahulu lagi. Sejak zaman nabi.

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Tapi kita bukan penghukum niat manusia sesama.

Sepertimana Rasulullah tidak memarahi muhajir Ummu Qais yang berhijrah demi Ummu Qais, bukan kerana Allah dan Rasulnya.

Sepertimana kita tidak menghakimi niat Abu Talhah dalam meminang Ummu Sulaim, dimana keislaman dia adalah maharnya.

Walau ada celahan kecil untuk dia berubah, usahakan.



Nanti kita usaha untuk meluruskan semuanya,
perlahan lahan.





No comments: