Saturday, July 20

"Dekat.."



"Kalaulah Adam tak termakan buah tu, mesti kita sekarang di syurga je, kan bro?"



Termenung.

Manusia ini akhi, diciptakan memang untuk diuji.
Dan lapangan ujian bukan di syurga. Syurga ini ganjarannya.

Ketika Allah mahu jadikan Adam, bukankah sudah Allah katakan bahawa Dia mahu jadikan khalifah di bumi? Bukan khalifah yang menetap di syurga?



Dan perihal Adam,
Detik keterlanjuran itu sekadar pengajaran. Bahawa manusia memang sebegitu.







"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".


| Al A'raf : 19. |




Ulama' menafsirkan, bahawa perkataan 'hadzihi' menunjukkan pohon itu berdekatan di sisi Adam. Kerana itu Adam sukar untuk menepisnya.

Kita juga sama, akhi.

Dunya terlalu dekat dengan hati kita.

Kerana itu ia dipanggil dunya.

Berbangga dengan bapa kita, Adam. Bukan menyalahkan baginda.










Belajar menjauh, dari yang dekat.








3 comments:

Hanani huda94 said...

assalamu'alaikum..
trbaca,lalu rasa nak terkomen..he.;)

betoi3..Allah s.w.t dah berfirman,lebih kurang bunyi mcm ni la,tidak mengaku beriman orang itu jika aku tak mengujinya.

d bngku sek kita ada exam,xkan hdup d dunia Allah tak bgi exam pda kita?.:).tempuhi ngn sabar dan tiap2 apa yg trjadi pda para nabi,i=untuk kita blajar daripada sejarah islam yg dulu..wallahua'lam.

terkomen panjang pula cek ni..perkongsian yg baguih.^^

Hanani huda94 said...
This comment has been removed by the author.
Menang atau Syahid Adwa'. said...

Allah. Syukron ukht kerana berkongsi.