Saturday, April 13

"Rasa itu pernah hadir menyapa kamu.."


Petang ini, skroll page Afdhlin Shauki.
Selak gambar gambar nya.

Lihat dia yang dulu. 
Begitu.
Lihat dia yang sekarang. 
Eh masih serupa,
dari segi saiz badan. 

Tapi kini dia berjiwa besar. Dan kita boleh nampak bagaimana besarnya jiwa yang dia ada.



***



Sejahtera sekali bagaimana Allah memilih manusia,
kadang kadang hamba itu tidak perlu meminta hati yang baru, 
terus Allah tukarkan hatinya dengan yang segar dan hidup.

Dan terus, 
Dia berkerja menjadi nadi ummah, mendenyutkan peringatan.
Dia membahagi darah manfaat, buat setiap sendi masyarakat terus kuat.

"Untuk sekali jadi yang terpilih sebegitu. 
Sungguh, untung sekali!"

Oh, dia untung?
Kamu benar.

Tapi yang lebih menguntungkan, 
adalah bila kita kekal perjuangkan detikan insaf yang Allah hadirkan.

Aku fikir semua sudah pernah ada rasa itu, 
rasa tersapa,

Menonton satu video di Youtube, lantas rasa terbakar dan mula sedar.
Mendengar satu bicara seorang syaikh, lantas bangkit dengan keazaman berubah yang membukit.
Melihat sendiri manusia bersusah dalam pekerjaan, lalu terus kita sedar bagaimana mahu memandang kehidupan.

Semua manusia, pasti ada saatnya.
Yang buat dia rasa sedar, mula rasa pentingnya iman.
Kebah dengan sakit sakit jahiliyah, 
dan kepada maksiat; dia mula melambaikan tangan.
Mesti,
saat saat ini pernah kita miliki,
walaupun tanpa kita perlu meminta.

Cuma, yang buat kita berbeza,
adalah bagaimana kita menjaga detikan hati, 
yang selama ini kita doa, kita nanti.

Apa lagi perlunya bertangguh? Apa lagi perlunya menjauh?
Kita sudah disapa, 
maka sahut seruanNya dengan sepenuh jiwa. 

Kelakar.
Janggal sekali kalau kita renungi,
Ketika ini kita masih ada iri hati

"Bagusnya Allah pilih dia untuk berubah. Untungnya!"

Sedangkan entah berapa kali Allah hadirkan detik hati yang serupa buat kita?


Heh. Manusia.

Tolong jangan lagi berdusta.



No comments: