Friday, March 8

Selamat hari Jumaat.




Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda,

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal." 

(HR Muslim 809)


Dari hadith ini, Rasulullah memberi jaminan bahawa dengan menghafaz sepuluh ayat di awal surah dapat menjadi perlindungan buat diri kita menentang dajjal.

Tapi tolong jangan harapkan bacaan surah ini menjadi mantera seperti drama drama seram di TV3 setiap malam jumaat, ataupun bayangan anda sepertinya ada lapisan force field lutcahaya yang melindungi diri sekiranya dajjal mendekati.

Imaginasi anda sangat tinggi eheh.

Menghafaz yang Rasulullah maksudkan, adalah 'menjaga' ayat ini dalam diri.
Membumikannya dalam peribadi.

Maka InsyaAllah diri kamu akan terlindung,
wahai mushaf yang berjalan.

No comments: