"Merdunya suara mamat hidung mancung tu.."
"Ya Allah sedapnya suara baca Quran.. Menitis air mata ini.."
"Ya Allah ini suara dari langit.. Sebaknya!"
"Fatih ni muka macam Adwa' lah!"
----
Sahabat,
Usah tertipu.
Menangislah kerana ayat ayat dibaca, bukan kerana kemerduan suara manusia.
Bagaimana untuk tahu tangisan atas dasar apa, kamu tanya?
Mudah.
Al Quran itu sama. Walau siapa yang bacanya.
Jika hatimu lembut, kamu akan menangis tersedu sedu walau suaranya tidak merdu.
1 comment:
hati aku la tu yang slalu ditipu
Post a Comment