Anda baca saya dengan betul (You read me right), saya tidak pergi kerja semalam.
Semuanya disebabkan kecuaian saya yang masih kekok dalam bersiap siap untuk ke kantor. Barangkali mungkin kerana tidak cukup tidur lantaran usrah malamnya yang selesai lewat.
Selesai saya bersiap siap, dengan yakin langkah bergaya saya mengunci pintu bilik dan rumah.
Hinggalah saya tersedar yang semua kunci saya masih berada dalam bilik.
Mujurlah masih ada seorang abang yang baru bersiap ingin ke pejabat. Saya berjaya masuk semula ke ruang tamu namun gagal membuka kunci bilik walaupun kuncinya seakan sama.
Akhirnya saya hanya menghabiskan seharian masa di ruang tamu menunggu kunci spare dari ketua rumah yang hanya pulang selepas waktu kerja.
Begitulah.
Oh saya juga belajar masak rendang ayam. Credit resepi dari google.
Alhamdulillah plus point untuk
Insan,
mungkin punya satu rutin yang sama setiap hari.
Dan kerana kebiasaan itu, kita menjadi terlalu yakin bahawa semua rentetan kebiasaan itu akan kita lalui tanpa sebarang masalah.
Namun iman menegur kita, bahawa tiada apa yang pasti untuk hari yang mendatang.
"Tiada manusia yang tahu apa yang bakal ia (dapat) kerjakan pada hari esok.."
Lukman : 34.
No comments:
Post a Comment