Kadang kadang, manusia terlalu banyak berangan angan.
Mahukan Islam tertegak, mahu memandu masyarakat,
menyubur ketaatan, membasmi kebiadaban kepada tuhan.
Cita cita itu mulia,
cuma ia tidak bermakna jika berdiri dengan sendiri.
Apakah bermakna ilmu ilmu, teori teori buku, dan cita cita penuh di dada jika setiap hari kita hanya sibuk beriman untuk diri sendiri? Amal fardhi mungkin sudah mantap terisi. Solat jemaahnya, hafazannya, zikir, solat malamnya.
Namun apa kebaikan yang kita sumbangkan kepada ummah?
Adakah kawasan kejiranan kita berubah dengan kehadiran kita?
Adakah surau berhampiran berbeza bila kita tiada?
Adakah kampung kita semakin meraikan hidup beragama bila kita ada bersama?
Tarik nafas. Kesat air mata.
Rindukan zaman dulu dulu. Waktu belajar dulu.
Semua lebih mudah. Semua lebih indah.
Tapi aku dan kamu tahu, itu semua terlalu ideal untuk diimpikan.
Angan angan itu, walau seindah mana, jika ia hadir tanpa gandingan usaha,
tetap sifar nilainya.
"Dan sesungguhnya aku (syaitan) akan memperdayakan mereka dengan angan angan kosong.."
An Nisa' : 119
2 comments:
Ziarah sini. Hehe
Usaha ikhtiar doa
Salam ukhuwah fillah drpd : suteraungu87.blogspot.com
Post a Comment