Thursday, February 7

Ayat Pertama.



"Surah Ar Rahman menceritakan nikmat nikmat dari Allah. Semua itu wajib untuk kita syukuri. Dan paling perlu untuk kita hargai, adalah nikmat diajarkan Al Quran, kerana itu yang paling awal Allah nyatakan.."



Senyum. Merenung panjang.
Kalaulah turutan apa yang patut kita syukuri itu diambil kira, saya rasa sudah terlepas pandang satu perkara.

Ar Rahman.

Itu ayat pertamanya. 
Seringkas sepotong nama. Namun penuh makna.

Bagiku,
hidup kita yang bertuhan ini sudah tak terbayar harganya. Apatah lagi punya tuhan yang Maha Pemurah, dengan sifatNya semua nikmat ditabur rata.

Dengan satu nama itu Allah berkata bahawa Allah ada. 

Ada untuk kita.

Dengan satu nama itu Allah memperkenalkan diriNya. Sebagai satu janji bahawa diriNya itu tidak pernah berkira kira.


Itulah ayat pertamanya.



No comments: