Monday, November 8

kullu nafsin..

zaaiqatul maut.

Tiada apa yang terkecuali. Tiada apa yang dapat lari.


Adwa' selalu dengar,

"kita hidup ini hanya sekali.."

hakikatnya, kematian ini hanya satu permulaan bagi kehidupan yang lain. Yang lebih abadi. Yang sepatutnya, lebih kita condong kearahnya.

Petang tadi, Menang atau Syahid Ainulmardiah kasik mesej kat MAS,

"salam...
mohd luqman b razali sudah kembali ke rahmatullah zohor tadi
7/11/2010.

ain br blk dr hospital lihat jenazahnya.
al-fatihah.
"

Dan khabar ini sangat menyentap.

Adwa' tak tahu sebab sebenar kematian arwah, tapi ada yang kata arwah kemalangan kerana migrain, dan kena operate hati.

Tika arwah terlantar, banyak sahabat dan keluarga datang menziarahi, ada yang kata tenang melihat jenazah arwah.

Satu benda yang adwa' terkesan adalah, status status terakhir arwah banyak berkisar tentang muhasabah diri, berzikir dan letakkan Allah sentiasa di dalam HATI.

Kadang kadang kita lupa perkara yang paling hampir dengan manusia.

Kadang kadang kebijaksanaan kita ditimbangi neraca ilmu semata mata, dan bukan betapa kerapnya kita berzikir mengingati kematian.

Atau kadang kadang kematian itu dirasakan begitu jauh, atau mungkin berkadar dengan usia. Hakikatnya, kematian tidak pernah bertemu janji dengan umur, boleh bertemu bila bila masa.


Fa innal mautal lazi tafirruna minhu fainnahu mulaqikum


Buat sahabat,
yang xpernah adwa' jumpa, tapi adwa' rasa kehilangannya,

Berbahagialah di sana.
Aku takkan menangisi pemergianmu, kerana itu tidak berfaedah sedikitpun kepadamu.
Hanya doa yang ku panjatkan,
buat peringatan pada diri ini,
yang aku hanya satu jiwa,
yang pasti merasai mati.

Al Fatihah.


Allahyarham Luqman Al-Istisyahidiyun


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" 
Ali Imran:185.

4 comments:

Anonymous said...

subhanallahiwabihamdihi..subhanallahil a'dzim..
salam takziah dr ana

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Innalillahi wainnailaihiroji'un

moga sisa hidup kita diteruskan
dengan lebih banyak zikir kematian.

KDiLa said...

innalillahiwainnailaihirajiun..semoga ruhnya ditempatkan dlm kalangan mukminun..

“Orang yg cerdik atau pandai berfikir ialah orang yg merasa rendah diri dan beramal untuk dijadikan bekal sesudah matinya.”
(H. R. Tarmizi)

Menang atau Syahid Adwa'. said...

benar ukhti.
syukran atas peringatan.