Wednesday, April 3

Aku akh yang bekerja. Dan kau masih tanya aku siapa?

Alhamdulillah.

Hidup berkerja setakat ini sangat mudah.
Walau hanya tempat tumpah lelah, bukan bermakna kita tidak perlu berdakwah.

Membawa dan berkongsi buku buku agama.
Mengajak solat berjemaah.
Bawa makanan dan sarapan dan jamah bersama sama.
Tulis tulis status skype untuk kongsi peringatan kepada semua.

Mungkin sekadar itu, tapi itu sekadar yang aku mampu.

Kemuncaknya, apabila hari itu.

"[Adwa'].."

"Ye..?"

Letak cermin mata. Tutup buku. Tengok dia sambil senyum.

"Siapa kau sebenarnya?"



--

Aku bukanlah adiwira.
Aku sekadar lelaki biasa.
Tapi lelaki biasa yang penuh dengan cita dan cinta.
Menyelamatkan kamu semua.

Saksikanlah, bahawa aku ini muslim.
Yang ingin membuktikannya selalu.

Atau sekurangnya,

aku cuba.




No comments: