Saturday, March 30

"Baik baik sahaja.."


Aku di sini,
baik baik sahaja.

Terima kasih kepada mereka yang bertanya,
menyapa.

Hidup akan selalu teruji.
Namun, tidak perlu khuatir.
Aku tahu aku teruji Tuhan kerana Dia tidak mahu aku terpinggir.

Aku kini tidak sendiri.
Aku bersama adik adik amanah dari Ilahi.
Ketawa mereka akan buat aku ketawa.
Gembira mereka akan buat aku gembira.

Itu magisnya tarbiyah,
kalau kau tak tahu.

Dalam tarbiyah kau bebas bercinta dengan ikhwah.

Berkata sayang,
bermanja manja, beriman bersama.

Dan cinta ini yang buat aku lupa aku sedang berduka.
Deritaku bernilai gembira.

Lagipun,
Ini sahaja yang aku ada.
Ini sahaja yang aku kira harta.

Tanpa semua ini,
Aku hanya lelaki biasa hidup tanpa kenal cita cita itu apa.

Tarbiyah ini lebih bernilai dari dunia dan seisinya.

Tarbiyah ini menyedarkan,
bahawa ketika berduka juga perlu beriman.

Aku mohon du'a kamu semua, ya?

Kau dan aku tahu bahawa Allah ada.




Yang selalu percaya,

Adwa'.



No comments: