Sunday, January 13

"Tak sengaja"



Beberapa hari lepas, satu kemalangan telah terjadi di tempat kerja saya.

Rakan baik saya di tempat kerja kebetulan telah melintasi sebuah mesin ketika ingin mengambil penyapu (Ya kami cleaner, cuma dia lulusan master), lalu terpandang beberapa panel chip IPhone 5 sedang bertindan tindan atas satu sama lain.

Beliau panik, lantas terus menekan butang kecemasan.

Setelah keadaan terkawal, barulah seorang senior menjelaskan kepada kami bahawa kejadian panel chip bertindih tindih itu adalah satu masalah yang kerap terjadi, normal.

Apa yang tidak normal dan menyebabkan kerugian, adalah tindakkan rakan saya yang menekan butang kecemasan!

Walau hanya 5 minit mesin tergendala, namun kerugian yang dialami bernilai sebuah Myvi baru pada mata seorang yang masih tidak berkereta, seperti saya.

-----
Ketidaksengajaan adalah perkara biasa. Ketidaksempurnaan itu buatkan kita manusia.

Al Qasas : 15.

Entah apa pula perasaan Nabi Allah, Musa, ketika seorang hamba Allah maut di tangannya, tanpa niat yang nyata.

Ketidaksengajaan adalah lumrah, ia bukan dosa.

Sedangkan para anbiya' yang maksum juga tidak terlepas dengan ketidaksengajaan.
Itu buktinya.


No comments: