Sunday, January 13

Sepotong dari azab.



Memang benar sabda Rasulullah,

"safar itu sebahagian dari azab".

Dan apalah yang lebih memberatkan buat kita daripada langkah langkah awal kita meninggalkan keluarga tercinta.

Apakah kecintaan hati kita terhadap mereka yang menghalangnya? Pastilah bukan.

Lihat kisah kisah para sahabat dahulu, kita mengerti bahawa cinta itu bukan satu kata sifat, ia satu kata kerja.

Cinta tidak bererti kita sentiasa bersama bersua muka, namun cinta akan datang dengan tanggungjawab dan kerja kerja.

Kuatlah anak muda, seperti kuatnya pemuda pemuda kahfi meninggalkan keluarga mereka.

Moga satu saat nanti kita mampu berbicara,



"Aku meninggalkan mu ibu, berpergian demi dakwah sebentar cuma, kerana aku cinta.'



No comments: