Monday, February 13

Demi bintang.


‎"Demi bintang ketika ia terbenam. Tidaklah sahabat kalian (Muhammad) tersesat dan tidak keliru"

An Najm : 1-2.


Bintang itu sangat signifikan dalam peranannya sebagai petunjuk dalam perjalanan manusia. 

Bintanglah yang membantu para pengembara dan pelaut pelaut selamat tiba ke destinasi yang diimpi. Bintanglah juga yang menemani mereka, memberi mereka harapan bahawa perjalanan mereka ini masih bertemankan petunjuk.

Namun dalam surah ini, bintang satu objek yang dipotretkan sementara dan tidak kekal memberi petunjuk. Satu masa ia terbenam juga.

Berlawanan dengan fitrah agama dan risalah yang dibawa oleh rasul junjungan, Muhammad saw, risalah haq ini tak akan sesekali hilang atau gugur ditelan zaman. Kerana Allah telah berjanji bahawa kemenangan akan datang kepada agama yang diredhaiNya.

Begitu juga dengan mereka yang mengikut jejak langkah para rasul. Lihat fikrah pejuang yang lahir dari Hassan Al Banna, biar jasadnya sudah tiada, namun fikrahnya masih deras mengalir.



No comments: