Friday, December 16

Tangisan bukan kerana bawang.

Orang kata lelaki bukan makhluk air mata. Haa. Well im half agree on that claim.


Lelaki makhluk berperasaan sama seperti wanita. Mata lelaki akan berair bila hatinya tersapa sama seperti wanita. Cuma yang beza, ego lelaki dan keras mana hatinya.

Ada yang memandangnya sebagai satu kelemahan. Ada yang kata satu kelebihan.

Adwa' sendiri, dari kecil hingga besar, selaluuu sangat menangis. woho!

Terlupa bawa duit ke sekolah, menangis. Hingga kawan ramai ramai kumpul duit bagi sorang sikit. Akhirnya kaya betul hari tu. Makan besar! ahha. (Jazakumullah kawan kawan sekolah rendah :')

Tengok mak pergi ke sawah jauh jauh, dalam hati ingat mak nak tinggalkan kami adik beradik. Dari jauh dah menangis, lambai lambai mak jerit jangan tinggal.

Pergi  jumpa barber nak potong rambut, abah ke pasar kejap sementara tu nak beli sayur dan ikan, balik balik tengok anak dia mata merah hingus keluar. Takut abah tinggal dengan pakcik gunting rambut tu.

Bila tengok cerita kartun doraemon ke, tomatoman ke, part sedih mesti menangis. Pompuan betul!

Hey itu zaman kanak kanak la kan. Duhh. Semakin membesar, senario tangisan itu berubah tahu?? Contohnya..

Bila tengok cite korea, sorang sorang memang layan. Part romantik je, nangis sorang sorang. Kalau adik tengok malu plak. So buat buat tidur kalau adik perasan. hoho.

Bila barang hilang, mesti menangis juga. Tapi sorang sorang. Pastu nasihat diri sendiri "dunia je dunia je.."


Ok. Takde la banyak berubah pun dari kecik sampai besar. Tetap tangiskan dunia kan. Allahu Allah T_T


Bila disentuh tarbiyah, barulah kematangan tu ada.

Tangisan adwa' cuba eksklusifkan hanya untuk Yang Esa. Hanya untuk agama. Hanya ketika membaca surah surah cintaNya. Hanya ketika bersendirian merenungi kelemahan diri. Cukup untuk itu.

Haa. Kan berguna juga jiwa lembut ni. Lebih senang menikmati agama dan hikmah sebaliknya. Lebih senang bermonolog bersendirian, betuli mana kepincangan yang ada. Kuat sebenarnya bila lelaki menangis? hoho.


Tapi satu hakikat yang adwa' baru terfikir,

Tak pernah saya tangisi nilai ukhuwah yang selama ini saya miliki.Tangisan selama ini hanya untuk diri sendiri. Hanya sekadar itu. Tidak lebih.




Tidak lama lagi, seorang akh yang telah lama adwa' kenali akan menempuh haluannya sendiri. Seusai graduasi, pulang ke lapangan amal yang telah tersedia menanti jasa.

Tamat usrah baru baru ini, seperti biasa, terus kami menghala ke kedai makan berhampiran. Bersembang sembang sambil late nite supper gitu.

Ketika makan kami mengimbas kembali kenangan kenangan yang telah kami lalui, sepanjang 3 tahun berada di jalan ini bersama sama. Kenangan baiknya, buruknya, kelakarnya. Bagaimana kami berjumpa, apa kenangan terindah bersama sama.

Sebelum pulang, akh itu ditemubual sambil adwa' dan beberapa ikhwah lain merakamnya. Tak sangka dalam keadaan kami yang bergelak ketawa, akh itu menuturkan kata kata yang sangat menyentuh hati.

Masing masing terdiam. Tersentuh. Jauh dalam hati, semua mula menangisi kata katanya.

Semua indah. Alhamdulillah. Thummalhamdulillah.


Dalam beberapa hari lagi, akh itu akan pergi menghadapi medan yang lebih mencabar. (Baitulmuslim iA hehe) Tinggalkan kami sendiri tanpa kehadiran seorang ahli yang selama ini mengisi kekosongan yang ada. Tapi rasa belum puas untuk kami bersama. Alahai.



Hari ini, kerana kepenatan yang amat, adwa' tertidur selepas pulang dari solah jumaah. Selalunya kalau penat macam tu, dan tidur tanpa menetapkan (set) alarm, pasti tidak berpeluang ke masjid tanpa masbuk. huhu.

Entah macam mana, adwa' bermimpi.


Kelihatan akh itu, bersama beg beg pakaian, di dalam asrama entah kat mana tiba tiba sahaja, datang dengan keadaan merah matanya. Seakan tahu yang tangisan itu kerana perpisahan yang akan tiba, adwa' hampiri akh tu.

Kami berpelukkan. Pipi bertemu pipi (akh tu tembam, adwa' paling banyak mencubit pipi dia haha). Walau dalam mimpi, bagai dapat rasa air mata yang membasahi pipinya.

"ana sedih akh.." bisiknya teresak esak. Feeling gila ceh.

"akh, walau ana jarang ungkapkan kata kata sayang, tapi ana sangat sayangkan enta. Moga tsabat dalam medan amal yang baru. Ana nak kita mati di jalan ni, sama sama..". Dalam berat adwa' berkata kata. Sejurus selepas itu, adwa' tersedar. Alhamdulillah memang betul betul waktu asar. Allah selamatkan dari ketinggalan berjemaah.

Ketika mengusap mata, terperasan yang rupa rupanya adwa' benar benar mengalirkan air mata ketika bermimpi. Allah.


Bila kita sayang saudara kita, ungkapkanlah. Biarlah dia tahu kita menghargainya, mahukan syurga Allah bersama sama. Bersama mereka kita naik, kita turun dalam menempuh arus dunia. Bersama mereka kita kenal islam, menikmati islam, dan berkongsi nikmat itu dengan semua. Rindulah mereka dalam doa rabithah sentiasa. Dan mereka, ikhwah tercinta, harus tersedia tempatnya dalam munajat munajat kita.












Ukhuwwah teras kegemilangan,

Adwa' Al Muhandis.

5 comments:

Mama Aisy said...

''Pergi jumpa barber nak potong rambut, abah ke pasar kejap sementara tu nak beli sayur dan ikan, balik balik tengok anak dia mata merah hingus keluar. Takut abah tinggal dengan pakcik gunting rambut tu''

Mmg Comel.Mudah nangis Macam hero Kwon Sang woo lah!

Kalau ukhwah itu kerana Allah, syg kerana Allah..apatah lg teman yg mnuju perjuangan ke jalan yg sama amat mudah tersentuh hatinya hingga tidak dapat diluah dgn kata2..

Jarang lelaki mngungkapkan syg kpd temannya. Sangat macho dan bergaya jika begitu dan InsyaAllah ukhwah itu bertambah utuh n berkat.

ieyba said...

huaaa..ieyba pon nak nanges!!huhu..sangat sayangkan ukhuwah yg terbina..tak sangka bunga jugak adwa' ni..hehe..

ieyba pernah jgak nangis,time tengah2 baca buku sinergi..kebetulan mlm tu jgak..sahabat ana untuk kali pertamanya tinggikan suara(xsengaja kot) kt ana.sedih sgt!buku sinergi tu memang buat hati ni btol2 sygkan ukhuwah tu..mungkin ana di yang sangat kejam ngn dia.dia layan ana sgt baik,tp ana buat tak tahu je..huhu..malam tu tidur ngn air mata,ngn buku sinergi kt sebelah.

ade je,dia dtg bilik nak minta maaf mlm tu,tp ana buat2 tido..huhu
tp awl pg esoknya..kuatkan diri utk berhdpn kat musolla.tangan dihulur,kata maaf keluar dr mulut ni..pastu terus berpelukan erat..sayang sayangkan ukhuwah tuu:)

Menang atau Syahid Adwa' said...

Aisy~ ha ah betul2. Tak ramai lelaki macam tu. perasaan dihijab ego. Biasalah.

Laeeba~ Sinergi ha ah. Novel persahabatan yang sangat sangat memberi kesan insyaAllah. Biasalah ukhuwah. Kita tak dapat nilai kalau ukhuwah tu dihiasi kosmetik gembira, peluk2, bagi2 hadiah semata mata. Ukhuwah tu lagi terasa bila diuji dengan ketidaksefahaman, masalah, itsar etc :)

charlotte eka said...
This comment has been removed by the author.
Pesona Awan BiRU said...

Eheh! Comelnya adwa ni ^^