Tuesday, November 16

jalan jalan.

Ikhwah,

Sebaik sahaja kita menjejakkan kaki ke jalan dakwah,

Kita sepatutnya sudah sedar yang jalan yang kita pilih itu tiada hamparan karpet merah, tiada taburan bunga bunga harum.

Kita sepatutnya sudah sedar yang jalan yang kita pilih itu bukan satu lebuhraya tanpa tol yang luas terbentang.


Kita sepatutnya sudah sedar yang jalan yang kita pilih itu bukan satu litar perlumbaan marathon yang bingit dengan sorak puji.


Kita sepatutnya sudah sedar yang jalan yang kita pilih itu bukan satu landasan pentas peragaan untuk kita berjalan dengan megah, berbangga dengan aset kecantikan.


Kita sepatutnya sudah sedar yang jalan yang kita pilih itu bukan jambatan kanopi yang indah dan menghidangkan permandangan menenang jiwa.


Sebaliknya ikhwah,

Jalan dakwah ini dihiasi duri, dibanjiri rintangan yang berarus melimpah.
Yang menuntut pengorbanan mutlak, mengerah aset dalam melebur mehnah.




Dan destinasinya hanya Allah.Tiada lain.Sungguh, tiada lain.


Perjalanan yang susah, namun destinasinya sangat indah. Berbaloi bukan?

Aku juga berharap,


aku terus melangkah.





Al Faqir ila Afwi Rabbi,

Menang atau Syahid Adwa'.




Ini jalan ke rumah adwa'! :)


(ok tipu)

2 comments:

KakDiLa said...

cheh..baru je terkesima ngan jalan kerumah adwa' tu..

Menang atau Syahid Adwa' said...

hehe. jalan rumah adwa' jalan kampung je kakkk oi :)