Sunday, November 7

Dakwah itu?


Dakwah itu.

Jika dakwah itu satu perjalanan

Dimana titik tolaknya?

Dimana terminal rehatnya?

Jalan di seberang jauhnya bukan calang,di mana sempadan-sempadannya?

Dimana perjalanan itu perlu dipercepatkan? Dimana pula perlu dilambatkan?

Mana pula perlu berundur?



Jika dakwah itu pendakian,

Tinggikah parasnya? Terkirakah anak anak tangganya?

Apa yang membawanya? Bagaimanakah susunan langkahnya?

Siapa yang setia menemani pendakinya?


Sepanjang perjalanan dhaif Adwa' dalam nak mengenal dunia tarbiyah,
Semakin sedar betapa jauhnya lagi perjalanan mengenal Ilahi 
Apalah sedikit harta dan jiwa yang diinfaq ke jalan juang
jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka yang datang lebih dulu.

Dakwah itu perlukan nafas yang panjang.
Moga diri ini tidak tercungap cungap mencuri nafas futur.

Mehnah dan tribulasi.
Fitnah dan adhza.

Lindungi aku Ya Allah.
Thabatkan aku dalam jalan yang bahagia ini.
 Aku mahu redhaMu.





Jiwa yang selalu lemah,
Menang atau Syahid Adwa'.




No comments: