Islam,
Datang dan mengajarkan kita erti kebersamaan.
Menjulang kita sebagai umat terbaik,
sebagai hadiah kepada kemanusiaan.
Lantas kita tangisi ibrah dari ummah yang terdahulu.
Terabadi;
Siksaan di sana, dan lakar kematian di sini.
"Surah Hud dan kakaknya telah menyibukkanku.."
Ujar baginda nabi,
lewat pertanyaan Abu Bakr perihal uban baginda.
Dan kita selak surah Hud itu,
Lalu kita mengerti
Kerana acaranya sama;
Bangsa derhaka akan dibalas murka!
Khabar umat lampau adalah sebahagian dari risalah kenabian baginda.
Dan natijah natijah kemurkaan Allah itu benar benar mendapat perhatian baginda, pada kebanyakkan umurnya!
Wahai budak budak Firaun,
Berhenti mencabar agama tuhanmu.
Doa untuk Misr.
No comments:
Post a Comment