Sunday, June 16

"Besar besar nanti mahu jadi apa?"


Mustafa Masyur seorang ahli kaji cuaca.
Hasan Hudaibi peguam.
Sayyid Qutb ahli sastera.
Fathi Yakan seorang engineer.
Majid Zindani ulama' dan sains.
Aziz Rantisi doktor.
Mahmud Zahhar tukang bedah.
Yahya Ayyash jurutera elektrik.
Nasiruddin al albani tukang jam.

Ir Abd Kadir Hanchani (IFS) petroleum engineer.

Saya? Tukang paip sahaja.

Tapi bidang bidang ini tidak pernah menghalang kita dalam menjalani kehidupan dengan sebenar benar agama. Kita mengejar yang terbaik dari dua dunia.

Protaz.

Ketika Dr Daniel Zainal Abidin memperkenalkan istilah ini lewat 90-an, memang itu adalah bibit bibit tumbuhnya generasi professional yang menerajui gerakkan Islam di tanah air.

Golongan inilah yang menonjol, mempersembahkan kecemerlangan dalam dua lapangan; professionalism dalam ilmu dunia dan akhirat sambil mengusahakan tajdid dakwah dan tarbiyah ummah. Golongan ini menunjukan potensi untuk menerajui gerakkan gerakkan Islam di Malaysia lebih dari mereka yang mendapat pendidikan agama yang khusus.

Hinggakan PAS juga memperkenalkan slogan "Bersama Kepimpinan Ulama'" untuk meneruskan tradisi ulama' memimpin gerakkan dakwah.

Fikir fikir balik,
memang kita perlukan lebih pemikir Islam dalam generasi akan datang.

Asal anak dapat keputusan yang cemerlang, hantar dia jadi doktor. Hantar dia jadi engineer, akauntan.

Akhirnya pelapis ulama' yang benar benar menjadi ahli dalam lapangan agama hanyalah tapisan dari pelajar pelajar cemerlang.



Kena mula berfikir perancangan keluarga dari sekarang.


No comments: