Thursday, May 30

"Ayuh, saling cemburu!"



Aku cemburu dengan teman teman ku, ikhwah akhowat.
Tambahan yang seangkatan denganku.
Hampir sebaya.

Mereka fasih berbicara soal Al Quran. Arif benar tentang sirah dan kehidupan baginda. Nama dan sejarah para sahabat dapat mereka ungkap mudah.

Malah,
Apa yang mereka pelajari semuanya tercermin kepada peribadi. Tutur kata dijaga, manis manis.
Senyum tak lekang. Mereka pandai memilih kata, menuturi hanya yang enak didengar dan lembut ditelinga.
Hujah mereka juga hebat,
Fakta fakta tepat sekali mereka dapat ingat. Bila berhujah, idea ideanya matang, menunjukkan betapa mereka ini banyak membaca dan luas ilmu pengetahuan.

Melihat ilmu ilmu pengetahuan mereka
Melihat peribadi yang terbina.
Melihat kemantapan berhujah dan berfikir.

Aku tertanya tanya;
Mengapa aku yang mendapat tarbiyah yang sama;
Namun jauh sekali berbeda?



Para sahabat dulu dulu.

Mereka itu separuh manusia dan separuh  kehebatan.
Mereka adalah generasi terbaik yang lahir dari lembaran lembaran sebuah kitab.

Namun rata rata mereka ini berkongsi kekaguman dan cemburu yang sama kepada satu sosok ini.

Abu Bakr.


Abu Bakr,
adalah sahabi yang paling utama antara semua.
Beliau (mungkin) lelaki pertama yang beriman dengan risalah Islam.
Beliau adalah orang yang paling sedia membenarkan ucapan baginda.
Beliau lantas miliki iman yang lebih berat dari kita, umat ini secara keseluruhannya.

Walaupun mungkin para sahabat generasi awal memeluk Islam mendapat tarbiyah yang sama, dari murabbi yang sama, dari bahan yang sama, namun kita belajar dari Abu Bakr bahawa hasilnya pasti berbeda.


Satu hari,
Murabbi agung itu menguji mutabaah amal binaannya.

“Siapa yang pagi ini puasa?”
Saya” jawab Abu Bakar.


“Siapa yang hari ini mengantar jenazah?” tanya Nabi lagi.
Saya” jawab Abu Bakar.


Nabi bertanya lagi, “Siapa yang hari ini memberi makan orang miskin?”
Abu Bakar pun menjawab, “Saya


Lalu, Nabi bertanya lagi, “Siapa yang hari ini menjenguk orang sakit?”
Lagi-lagi Abu Bakar mengangkat tangan, seraya berkata, “Saya

Lalu,
baginda bersabda,
Tak menyatu semua itu pada diri seorang, kecuali ia masuk surga.”


Semua amal ini terhimpun dalam diri Abu Bakr,
Dan ramai yang tidak tahu, peristiwa ini berlaku di awal pagi.

Ketika rata rata masih mencuba untuk menghidupkan hari, Abu Bakr telah terlebih dahulu melaksanakan amal amal kebaikan yang besar besar. Amal terhimpun yang jadi mahar ke syurga.


Lantas seorang sahabat berkata,

"Bagaimana kami mahu berlumba dengan Abu Bakr dalam beramal?

Kami tergesa gesa berlari, namun dia sahaja yang  memenangi perlumbaan ini walaupun hanya dengan berjalan.."



---


Manusia yang benar benar membumikan tarbiyah ke dalam jiwa,
Dan orang beriman yang benar benar tunduk akan hakikat keimanannya,
Justeru akan terdidik ke arah itu,
automatis.

Ia satu keberjayaan yang dijanjikan.



"Berjayalah orang orang yang beriman.."

Al Mukminun : 1.



Kita masing masing sibuk dengan peranan masing masing di bumi.
Dan keterhadapannya kita dalam dnt, dalam kerjaya atau pendidikan,
Akan datang dengan tuntutan komitmen yang lebih tinggi.

Akhirnya,
Ia berbalik kepada bagaimana kita berbelanjakan modal masa yang Allah agihkan dengan seadilnya.

Seperti kupon kupon amal,
Yang memerlukan kebijaksanaan kita untuk menebus amal mana yang paling muntij, paling berbaloi untuk kehidupan dunia dan akhirat.


Biar tegar lagi kita saling berlumba antara sesama. Biar dalam diam diam sahaja.
Namun kita tidak mahu berteriak siapa juarai siapa. Cukuplah imbalannya di syurga.


Dan aku harap,
Kamu kamu yang berdiam di syurga tinggi nanti,

Sudi menjemputku menikmati nikmat yang sama.




1 comment:

ENCIK MUSAB said...

Masya Allah akhi. Jazakallah kheir sebab konsgi.

Eheh