Thursday, March 28

"Perlahan lahan.."


Dakwah itu, seperti yang kamu ketahui,
adalah satu jemputan, satu seruan  ke arah yang lebih sejahtera; Islam.

Dan seharusnya, dalam satu jemputan mendamaikan,
Daie tidak akan mengajak manusia dengan perasaan rakus

"Kau mesti berubah! Kau mesti berubah!"

Lihat,
Sisi kebaikan daie juga turut diuji.

Daie akan ada ujiannya, dan sering kali ujiannya pasti lebih halus dan teliti.
Jalan taqwa daie lebih sempit, maka kepayahan untuk menusurinya lebih membukit.

Antaranya, adalah ujian bagaimana sabarnya seorang manusia untuk mengharapkan manusia yang dipandunya berubah.

Perlahan lahan.

Perlahan lahan.

Dakwah ini seperti satu jemputan.
Ia mendamaikan. Ia menghangatkan.
Dalam satu jemputan,
Misalnya mengajak rakan rakan bertandang ke kediaman,
Kita tidak akan memaksa insan lain datang tergesa gesa. Atau mengherdik bertegas betapa selama ini dia sangat rugi. Atau menyebut kembali salah dan keaiban manusia yang selama ini menghantuinya,

Hanya semata mata untuk lihat dia menerima jemputan kita?

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."


Fussilat : 34

Pertama kali mentadaburi ayat ini, rasa seperti terlalu ideal untuk diri.
Membentuk musuh menjadi sahabat. 
Menyembuhkan hati yang dengki, permusuhan dengan ubat.

Tapi inilah bekalan dari Allah untuk hambaNya.
Bekalan tentang ramuan mencipta sahabat, walaupun dia adalah musuh kuat.
Apatah lagi bersahabat dengan mad'u dan orang yang kita mahu rapat?


"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


Al Asr : 3

Perlahan lahan. 
Jangan biar nafsu daiemu rakus ingin melihat satu perubahan.











No comments: