Thursday, March 7

Ketika ummah meronta ronta kau hanya dengan pena?




‎"Semakin hari masa kita semakin singkat, maka banyak mana amalnya mukmin itu bukan lagi jadi satu persoalan, kerana kita tahu mukmin itu amalnya semua baik baik sahaja.

Namun sejauh mana kepentingan amalan dan keberkesanannya itu yang perlu kita fikirkan."

Seorang murabbi.


Duat,

Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita beri.

Ramai yang terlalu mudah berpuas hati, duduk sahaja di kerusi empuk,
tarikan jari jari di atas papan kekunci, karang tulisan yang enak enak dibaca,
maka mudah berkata


"Aku sudah berdakwah".



Dan kita selalu sebut dakwah itu perlu pengorbanan, perlu rasa susah,
namun sedikitpun tidak kau perasan hidupmu yang dalam keselesaan kau sangka dakwah.


"Bukankah ramai tokoh yang berdakwah melalui tulisan? Rasulullah hantar surat? Sayyid Qutb tulis buku indah indah? Pahrol Juoi? Ustaz Hasrizal? Inche Gabbana?"


Benar,
tulisan juga satu asbab pahala tidak putus putus.

Namun tanya mereka,
tanya mereka,
adakah tulisan itu medan mereka satu satunya?

Tidak.
Mereka lebih menulis manusia dari mengarang kata kata.
Cuma kau tak nampak amal mereka bagaimana.
Dan kerana kerabunan itu kau rasa selesa sekadar menulis apa yang kau rasa.

Kata Hassan Al Banna,


"Medan amal dan medan kata kata itu berbeza."


Wah, bukankah ceramah ceramah itu juga sebahagian dari peluang beramal?
Namun ia medan kata kata? Mana bezanya?

Kau tanya?

Berkata sangat mudah akhi. Menulis juga sama.
Ramai yang mampu menyumbang cara sebegitu.
Tapi untuk membuktikan dengan amalan, menginfaqkan harta, tenaga, masa dan semuanya ke atas jalan ini,

Berapa orang? Mampu kau kira dengan jari?

Sunnatullah jalan dakwah, ia datang dengan jerih kepayahan.




Maka carilah jalan kepayahan itu.