"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;"
Antara ciri ulul albab yang Allah jelaskan di dalam surah ini,
disamping mereka yang tidak memisahkan fikir dengan zikir,
disamping mereka yang tidak memisahkan fikir dengan zikir,
adalah mereka itu pendengar yang baik.
Kerap sekali, kita mesti bukakan hati untuk mendengar apa yang ingin disampaikan orang lain,
Kerap sekali, kita mesti bukakan hati untuk mendengar apa yang ingin disampaikan orang lain,
sekaligus membebaskan diri kita dari prejudgement dan pemikiran simplistik. Kita juga diajar untuk tidak selektif dalam berpendapat; mendengar apa yang kita mahu dengar dan mengabaikan sebahagian yang lainnya.
Dan jika ada seseorang membawa satu pendapat yang sukar untuk kita terima,
Berhenti, ambil masa,
buat penilaian bersama adabnya.
--------
Logical fallacy bak kata Ustaz Hasrizal.
--------
Logical fallacy bak kata Ustaz Hasrizal.
No comments:
Post a Comment