Orangnya jelek.
Pendek.
Bongkok.
Hitam.
Miskin.
Bajunya tidak berseri. Pakainya lusuh. Tiada berumah. Tiada berharta. Tiada berkabilah.
Bila ditanya Rasulullah,
"Mahukah kamu bernikah wahai Julaibib?"
"Siapakah yang mahu bernikah denganku ini ya Rasulullah?"
Jawabnya jujur, tiada penyelesalan.
Namun dengan imannya, dia dinikahkan dengan wanita yang sangat cantik di kawasan itu.
Wanita solehah yang punya cinta yang sujud di mihrab taat.
Beruntung si kerdil Julaibib, bidadari lebih merindukannya!
----------------------------------------------
Di hadapan jenazahnya, seusai peperangan, Rasulullah mengungkapkan kata kata yang mengundang cemburu semua makhluq yang menyaksikan,
"Dia adalah bahagian dari diriku.. Dan aku adalah bahagian dari dirinya.."
No comments:
Post a Comment