Sunday, January 13

Saya watak utama kehkeh.



Ada masanya saya terfikir bahawa saya ini umpama watak utama dalam sebuah novel tarbiyah; segala perbuatan dan keputusan saya 'dibaca' oleh insan di sekeliling. 

Contohnya, walau saya berseorangan, tapi saya rasakan ada 'pembaca' yang sedang khusyuk membaca skrip kehidupan dan meneliti peribadi saya sebagai watak utama. Justeru, saya rasa bersemangat untuk terus hidup, walau ada masalah dan konflik kerana saya rasa sebagai watak utama, saya perlu terus cemerlang.

Mestilah ada orang akan benci, ada orang akan suka, ada orang akan sayang, dan ada orang akan bengang dengan kita. Satu satu karya, biar hebat mana, takkan mampu memuaskan semua kelompok 'pembaca'.

Tapi hey. 'Novel' kehidupan ini akhirnya dinilai yang Maha Melihat. Dia membaca segalanya dan memberi komentar yang maha adil di hari pembalasan.

Maka hidupkan watak yang Dia suka. ;)


Apa novel kehidupan anda?


1 comment:

Nas said...

like :) kat sini xda butang.