Penyeru yang berhikmah, menegur dengan ilmu.
Kadang kadang terlihat segelintir daie terdorong dengan semangat yang melebihi kefahaman kita sendiri.
Misalnya, kita tahu soal bahawa kita tidak boleh terlalu keras dalam soal khilaf.
Tapi ada mereka yang menegur,
"Orang tu selalu ke kuliah agama tapi stoking kaki pun tak pakai"
Walhal aurat kaki itu soal khilaf, namun mengumpat dan bersangka buruk itu satu dosa yang pasti.
"Baguslah nak berubah, tapi sayangnya tak pakai purdah"
Walhal purdah adalah isu khilaf, namun membantu orang memperbaiki adalah nasihat yang wajib buat kita saudara seislam.
"Wanita itu fly jauh nak menuntut ilmu, malangnya tak berkat sebab safar tanpa mahram"
Walhal wanita bersafar itu isu khilaf, namun memenuhi tuntutan ilmu adalah fardhu ain buat diri dan fardhu kifayah buat mengisi kekosongan ummah.
Mari cakna bahan dakwah kita.
No comments:
Post a Comment