Monday, February 13

Buah amal.



Ketika dakwahnya ditolak di Taif, orang ramai mengejinya sebagai tukaran peribadi mulia yang ditunjukkan, baginda nabi Muhammad SAW sangat sangat bersedih. Namun pabila utusan jibril datang menawarkan bahawa ia boleh memusnahkan kaum yang mengejek nabi, nabi menolak dan berdoa 

“Walaupun mereka ini tidak menerima Islam, aku berharap, dengan kehendak Allah, supaya anak keturunan mereka pada suatu masa nanti, akan menyembah Allah dan berbakti kepadanya.”

Nah, itulah akhlak mulia.

Ketika ramai ahli ahli Ikhwanul Muslimun ditangkap dan dipenjara namun As Syahid Hassan Al Banna dibiarkan bebas, beliau tahu bahawa beliau akan dibunuh. Pernah anaknya Wafa datang memberikan pistol kepadanya untuk perlindungan. Namun kata beliau,

"Adakah dua hari yang boleh aku pilih untuk maut? Sesungguhnya aku meminta Allah mengampunkan dosa pembunuhku kelak.."

Nah, itulah akhlak mulia.

Ketika Hamka dituduh menciplak karya "Tenggelamnya kapal Van Der Wijck" dan dituduh merancang pembunuhan Sukarno bersama Tengku Abdul Rahman oleh Sukarno sendiri, Hamka telah dipenjara dan disiksa sekeras kerasnya. Namun selepas dibebaskan, Hamka sangat berlapang dada dengan Sukarno. Tatkala mendengar Sukarno sakit, dia menangis. Ketika Sukarno meninggal, dia yang imamkan solat jenazahnya. Malah selepas itu, tak pernah sekalipun dia mencela Sukarno atas perbuatan terhadap dirinya.

Nah, itulah akhlak mulia.


                                          

No comments: