Dompet
Tak dinafikan lagi, dompet adalah antara benda wajib untuk seorang lelaki ada. Tapi duit dalam dompet tu tidak pula wajib. Jadi bawa dompet dengan kad kad atau dokumen penting walau duit tinggal seringgit dua tu tak pe tak pe ;)
Duit siap terkeluar lagi, dah sah sah bukan adwa' punye wallet -_- |
Telefon bimbit.
Telefon bimbit bukan menjadi aksesori, tapi sudah menjadi keperluan sebenarnya. Bayangkan kalau keluar rumah tanpa telefon, memang susah. Tak pernah ke? Kawan sesat jalan nak tanya arah tak boleh, pihak syarikat nak telefon maklumkan maklumat internship pun tak boleh. Susahkan?
Hepon yang boleh guna kat uk tapi tak leh guna kat malaysia. Menyesal gak beli -_- |
Wangian
Minyak wangi ni sebenarnya adalah salah satu syiar bagi orang islam. Umat mana lagi yang keadaannya sentiasa harum dengan bau bauan yang semerbak? pentingnya minyak wangi ni untuk digunakan ketika solat, dan masa masa lain (selepas ke toilet etc)
Kalau adwa', takde la bawa DKNY ke, bodyshop ke ape. Perfume macam tu simpan kat bilik jela kan. Tapi ketika keluar rumah, simpan la sebotol minyak attar dan sentiasa hiasi diri dengan haruman okk :)
“Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Al Quran
Al Quran sepatutnya menjadi teman setia kita kan. Mushaf, atau sekurang kurangnya, rakaman Al Quran tu ada dalam pegangan kita tak kira kemana kita pergi. Itulah sifat manusia rabbani, hanya Al Quran pengubat jiwa, bukan musik yang dijadikan dendangan. Bukan juga lagu dijadikan siulan.
Software kat hepon. kool woo woo |
Dan sekarang sebenarnya mudah je nak bawa Al Quran. dah banyak Al Quran digital, ataupun perisian untuk telefon mudah alih yang lain kan? So nikmat yang mana lagi kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu ni'mat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.
Luqman : 20
Kempen sehari satu ayat untuk dihafaz dan ditadabbur yang adwa' pernah plan nak buat dulu, masih tak berjalan. tak cukup man power. haha. tunggu Menang Atau Syahid berkembang dulu. ;)
Siwak
Adwa' mula giat bersiwak lepas islamic society bagi kayu sugi percuma. Baik hati pulak dorang kan. hehe.
Boleh je kalau kita nak sisipkan kayu sugi kecil dalam dompet, untuk diguna ketika berwudhuk, sebelum solat, membaca Al Quran dan sebagai ganti kepada rokok (sangat macho bila orang lain merokok, kita bersugi)
Boleh je kalau kita nak sisipkan kayu sugi kecil dalam dompet, untuk diguna ketika berwudhuk, sebelum solat, membaca Al Quran dan sebagai ganti kepada rokok (sangat macho bila orang lain merokok, kita bersugi)
"Jika tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali sebelum solat.."
Sikat
Pernah dengar tak kata kata
"Rambut adalah aset bagi seorang lelaki.."
Pernah tak? kalau pernah pelik juga sebab adwa' made that up. -_-
Tapi ia tetap sunnah untuk sentiasa membawa sikat dan merapikan rambut :)
Sapu tangan
Jujurnya adwa' tak bawa sapu tangan pun. Sebab tak biasa. Tapi masih teringat pesanan seorang pakcik tu,
"Lelaki yang berjaya mesti bawa sapu tangan.."
*lagha lagha astaghfirullah.
Ok selesai sudah aksesori aksesori untuks seorang lelaki. Semoga kita dalam sentiasa perlengkapkan diri kita dengan apa juga keadaan. Selamat beramal. Nak goreng burger ni so jangan dekat dekat ok! salam alaik
2 comments:
ubaidah botak je..
hahahaha.abg adwa ni....
Post a Comment