Wednesday, January 5

Kitaran hidup. cont

Assalamualaikum wbt semua.

Afwan afwaan
 Bila baca balik pasal entry kitaran hidup tempoh hari,
baru perasan macam adwa' xsuggest jalan keluar pada kitaran tu pulak.

Adwa' sertakan satu video
pasal qudwah kader yang sejati
yang bg adwa', kitaran hidupnya memang bukan atas kepentingan diri sendiri semata mata





 


Siapa tokoh yang dimaksudkan?
ha! xnak gtaw hehe
korang cari sendiri ok. 
kamon kamon jangan malas! qadiran ala kasbi! 


Tokoh yang dimaksudkan ni adalah seorang anggota Ikhwanul Muslimin
Adwa' ingat lagi satu cerita pasal tokoh ni

Satu hari, syaikh ni pergi ke satu program yang jauh, hanya menaiki bas.
Dalam perjalanan, beliau singgah di rumah salah seorang akhawat la nak berehat jap.

Sampai di rumah tu, tokoh tersebut tumpang duduk di atas satu sofa, dan akhirnya tertidur keletihan.
Pabila akhowat ni datang balik, syaikh ini terjaga dan berhasrat nak sambung perjalanan beliau.

Dengar jawapan syaikh tu, maka si akhowat ni nak kasik la sedikit wang untuk membiayai tambang teksi
dengan niat, nak sediakan keselesaan pada syaikh ni.

Tapi jawapan syaikh ni lebih kurang,
"Alangkah bagusnya dirimu dapat keselesaan dan kesenangan nikmat sebegini rupa. Namun ia tidak sesuai denganku. Sedangkan sofamu ini sahaja sudah membuai dan memanjakanku hingga aku tertidur. Biarlah aku memilih untuk menaiki bas sahaja"

Mantap takk? :')

So korang cari sape syaikh ni ok! asenmen ni. besok submit hehe.

No comments: