Selawat dan salam ke atas rasul junjungan.
Hari ni
Adwa' dapat buku baru yay!
Ni semua kebetulan je
Ada seorang ikhwah indon ni
wat perniagaan kecik kecikan.
Dan memang nak tolong la ikhwah Malaysia kan
Kebanyakkan buku buku yang essential gitu
Korang kene beli taw beli belii!
Beli buku dari ikhwah ni memang jimat habis
Fiqh Dakwah (Mustafa Masyur) 2 jilid tu cuma RM100. Jimat kan :D
Majmuatur Rasail 3 jilid punn RM100 sahaja!
Karya Ulung As Syahid Al Imam Al Muassis Hassan Al Banna
Ini pulak buku sangat fundamental. Sesuai untuk semua :)
Plus banyak lagi buku buku fikrah,ilmiah lain yang murahhh muraaah!
Oh bahagianya!
Macam kawin 4! ^_^
Selama ini Adwa' banyak baca softcopy je
biasa la orang
tapi pegang buku yang nyata ni roh nye lain taww semua.
terai la terai!
Membaca ini menyelamatkan kita dari kebodohan.
Membaca dapat mendewasakan otak, menguatkan daya ingatan, melancarkan bicara, mengungkap rahsia, mengusir kegelisahan dan kejemuan.
Membaca dapat menghindarkan diri dari hal yang lagha, memberikan makanan pada jiwa, mengusir kebutaan hati,.
Membaca mengajak kita bersahabat dengan para nabi,hukama' dan ulamak, duduk bersama raja, hidup bersama para sahabat.
Malangnya,
xsemua dapat rasa nikmat membaca ni.
Ada sesetengah orang rasa membaca ni berat dan membebankan.
Walhal, salah satu nikmat yang paling besar Allah kurniakan pada kita adalah membaca dan mahir dalam berbahasa.
..فَاقْرَؤُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ..
"..maka bacalah apa yang mudah padamu dari Al Qur'an.."
Al Muzammil :20
Ada yang lebih rela menggunakan wang untuk bersuka ria.
Keluar shopping ke mall mall beli barang yang xperlu. Tahsiniyat.
Tambah aksesori aksesori yang tak berfaedah sedikit pun dalam menambah amal.
Tangan yang menyeluk saku untuk buku buku dirasakan berat sekali.
Tapi ringannya tangan untuk menyalurkan wang di kedai kedai makan, di kedai kedai pusat beli belah.
Ada yang habiskan wang beribu ribu beli alat permainan teddy bear , kumpul setem sejak zaman komunis, customize kereta.
Alangkah baiknya kalau keasyikan itu disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat.
Ke arah yang lebih sejahtera?
Makanan yang sedap sedap, alat alat permainan, aksesori aksesori semua itu xkekal kan?
Lama lama lapar juga, lama lama bosan juga.
Tapi ilmu akan kekal nikmatnya.
Jangan berkira dengan ilmu ye kawan kawan.
Kita adalah umat iqra', tapi mengapa kita masih enggan membaca?
Kita tak lahir dengan terus menjadi 'alim, sebaliknya ilmu itu diperoleh dengan cara belajar.
Lupakah kita,
Berapa banyak orang yang ada sepuluh buah buku, namun berjaya dalam hidupnya?
Berapa ramai ulama' yang rela tidak beristeri, tidak beranak, namun tidak rela hidup tanpa dampingan buku?
Berapa ramai ulama' yang hidupnya hanya menulis buku, dan sekarang kita melupakan jasa mereka?
Masihkah hati hati kita berat dalam berbelanja mencari ilmu?
Lupakah kita pada sabda rasul junjungan, muallim yang agung,
"Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat"
(Riwayat Muslim)
4 comments:
bagus!
auliaaaaa.
softcopy tu download katne?
softcopy banyak ada ubaidah.
kat 4shared pun rasanya ada
taip majmuatur rasail.
kalau scribd pun ada.
cuma fiqh dakwah tu rasanya belum pernah jumpe softcopy die
entah ada ke tidak
Post a Comment