Monday, July 22

"Fastaqim.."



Kita ini terlalu ego.

Menghadkan aliran yang benar itu dengan apa yang kita pelajari dan anuti. Seolah olah, yang Islam itu hanya apa yang kita belajar di pondok pondok kita, di madrasah madrasah kita.

Di satu ekstrim, mewahabikan manusia. Di satu ekstrim, membid'ahkan manusia.

Dan tanpa sedar, kita telah berbalah kerana agama.
Menafikan hakikat bahawa agama itu kesatuan, dan mukmin itu bersaudara.

Manusia berhati kecil, akan merasakan inilah sahajalah lapangan perjuangan mereka; memperjuangkan kemenangan dalam debat tentang isu isu khilaf.

Di sinilah medan tempur, di sinilah medan mereka 'berjuang' menegakkan yang haq.

Akhir masa ini, ilmu terlalu mudah untuk ditimba. Allah mudahkan semua.
Namun malangnya akhlaq tercicir dari apa yang patutnya ada.

Duat,
Moga kita berbekal dalam dakwah.

Fastaqim kama umirta.



1 comment:

Unknown said...

berkali juga terjumpa

hal khilaf jadi topik perbalahan
akhlak dilempar entah ke mana

nauzubillah