Tuesday, March 5

Kena fire dengan encik naqib jadi saya fire kamu balik.


Sabda Rasulullah,

“Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka” 

Berat bukan?

Mereka yang tidak mengambil tahu perihal urusan orang mukmin,
apa yang terjadi,
apa masalah yang mereka hadapi,

bukan termasuk dari golongan mukmim.
Bukan termasuk dari umat nabi!

Dahulu saya sering kali memandang
orang yang sehari hari beli surat khabar itu sebagai satu pembaziran.

Yelah tiap tiap hari beli kertas tebang pokok,
last last jadi semak rumah je.

Namun selepas memakai kaca mata tarbiyah,
kita harus pandang tindakkan itu sebagai satu bentuk kepedulian kita tentang ummah,
dan kepedulian ini adalah satu subset besar
dalam perjalanan kita untuk menjadi mukmin.

Insan,

Sebahagian besar dari agama ini hanya mampu dilaksana dengan kebersamaan kita sebagai satu ummah. Sebahagian besar.

Maka jangan ingat kalau kita sudah pergi ceramah ceramah,
dengar dan tadah kitab, pergi daurah daurah,

itu sudah buatkan kita lebih mukmin dari yang lain.

Hadith ini membuktikan,
Bahawa kepedulian kita terhadap berita berita semasa dan akhbar dunia islami ini adalah komponen besar iman.

Maka ambil tahu,
mula cakna,

dan berimanlah!


Doa untuk sabah.

No comments: