Friday, May 6

Mengajak orang berkenalan dengan agama

Sangat susah.

Terutama bila kita bercakap dengan masyarakat yang merasakan diri mereka susah terislah.

Kadang kadang, bila sorang tu sekolah agama dari kecik sampai besar, akan rasa "usrah tak perlu dah. didikan agama dah cukup." susah untuk dia faham erti usrah itu, peranan usrah dalam mengubah dunia, apa kuasa usrah sampai ada insan yang sanggup menjual keretanya semata mata untuk usrah terus berjalan.

Mungkin juga ada yang terbiasa dengan usrah- usrah sekolah yang hanya berdasarkan silibus. usrah yang berdasarkan ilmu. Usrah yang hanya duduk bersembang, menelaah kitab kitab, hukum hakam dan sebagainya. Akibatnya, dia gagal lihat apa yang ada pada usrah yang hadirnya ruh, adanya satu perasaan yang mengairi hati hati manusia.





Tak hairanlah kalau wujud manusia manusia yang jemu jika dipelawa dengan ajakan dakwah dan tarbiyah. Mereka sudah selesa dengan keadaan diri mereka yang solat terjaga, quran dibaca, amalan amalan lain terpelihara tanpa memandang dengan lebih jauh bahawa tanggungjawab manusia lebih dari itu. Mereka lena dibuai dengan mimpi kesenangan hidup, terbiasa hidup dengan karat karat jahiliyah, yakni tidak terpisah dari filem-filem, lagu lagu, hiburan melalaikan, cara hidup sosial dan sebagainya. Mereka tidak sedar yang islam mereka hanya di dalam buku buku ketika bersekolah, atau hanya diwarisi dari ibu bapa.

Imam Ghazali pernah mengkategorikan manusia dalam 4 golongan; mereka tahu bahawa mereka tidak tahu, mereka yang tahu bahawa mereka tahu, mereka yang tidak tahu bahawa mereka tahu, dan mereka yang tidak tahu bahawa mereka tidak tahu.

Di mana letaknya kita?







p/s : moga terus sabar melayani insan insan yang berlainan warna dalam kehidupan. Duat bukan penghukum. Yang kita nak bina bukan klcc, bukan piramid, tapi manusia, yang hatinya berbolak balik sentiasa. huhu

1 comment:

~daLucky0ne~ said...

bismillah...
realiti hari ini...benar spt yg dikata...yg sekolah agama sudah merasakan ckup dgn mengamalkan apa yg dipelajari....bagaimana pula dgn yg bukan sekolah agama?biarkn mereka terkontang kanting mencari hala tuju?membiarkan generasi hari ini hanyut dengan godaan?Allah...bantu lah kami dalam membina insan...