Friday, March 25

Bekalan murabbi : Menanamkan prioriti.

Bismillahirrahmanirraheem.
Assalamualaikum wbt semua.



Afwan jiddan lama tak menulis. Terlalu sibuk dengan urusan belajar (moga Allah redha) dan kehidupan.
Tambah final lagi dua bulan dan banyak lagi yang tak sempat cover.


Anyways,

Dulu adwa' pernah post satu soalan,


"Bagaimana kita nak jelaskan dan sekaligus tanamkan prioriti dan komitmen mutarabbi kita ke liqo', halaqah etc, dalam pada yang sama kita nak elakkan terlalu tegas hingga binaan kita menolak terus tarbiyah" 

 Alhamdulillah, seorang senior sekolah menengah, yang kini belajar di RCSI Ireland sudi bagi pencerahan. Ukhti ni memang bergiat aktif dalam kaunseling, sejak zaman sekolah menengah lagi. Batch kitorang motivasi pun die jadi fasi. :D
 
Adwa' kongsikan jawapan dia untuk manfaat bersama ya. InsyaAllah.


em, iAllah akak boleh respond soalan ni daripada dua sudut, yg ptama dr sudut mutarabbi kita dan yg kedua dr sudut daie/murabbi.

but anyhow im not the best person to answer this question since my knowledge n experience in dakwah and tarbiyah are still limited. my answer probably wont apply in your situation(akak cuba xplain in general,iA) and do seek respond from others as well. satu lagi, jwpn ni mgkin kurang praktikal juga since pglaman akak dgn sisters/mad'u sejantina sahaja..lelaki dan perempuan basically perlu guna cara yg berbeza, mgikut fitrah masing2 iAllah.

(and i'm assuming you might know/understand some da'wa term yg akan digunakan kt bawah)

So utk soalan di atas,

1. dari sudut mutarabbi/mad'u :
-bergantung kepada tahapan taaruf/dakwah fardiyah(DF) antara kita dengan dia juga sebenarnya. adakah baru peringkat permulaan pengenalan kepada islam atau dia sudah lama dengan kita? mad'u yg 'fragile' (ie yg kalau ade something yg kita buat salah/dia tak suka, akan menyebabkan dia tolak terus tarbiyah) dan mad'u yg baru, mmg kena berhati2 sikit dalam tindakan dan percakapan kita sbb saat ni trust/tsiqah/kepercayaan mereka terhadap kita baru nak terbina.
-mksudnya kalau yg baru ni, kita yang perlu bersabar sedikit. sikap tegas mengurangkan kasih sayang dlm persahabatan, dan lemah lembut (cara Rasulullah) adalah yg terbaik. bukan lemah lembut yg lemah(weak), tapi perlu juga rational,kreatif dan bijaksana. teruskan taaruf lagi iAllah...
-assess kefahaman mereka dari segi konsep kenapa perlu pada tarbiyah yang konsisten. utk point ni, boleh tanya terus pada mereka-juga maklumat yg baik utk kita sbgai daie muhasabah sikap, teknik, penyampaian kita etc.
-kenal pasti perkara2 yang menghalang dia drpd attend liqo'-adakah kerana sibuk urusan dakwah lain/persatuan islam di uni atau pun sibuk dengan kerja2 yang tidak bermanfaat/tidak membina diri dan jiwanya?


2. Dari sudut daie/murabbi itu sendiri:
-daie perlu jelas bahawa matlamat dakwah dan tarbiyah adalah mengajak manusia kepada Allah. Matlamat tarbiyah bukan untuk mengajak manusia untuk mempunyai liqo'/usrah.
Kenapa akak ckp mcm ni sbbnya berdasarkan pemerhatian terdapat daie2 yang apabila telah berjaya mengajak beberapa mad'u ke dalam liqa', daie ni terus berhenti berusaha menyambung DF mereka dgn mad'u tadi dan hanya focus pada apa yg nak disampaikan dlm liqo since dah rs selamat sbb dah mampu pimpin sebuah liqo'.
-jadi bila tiba2 mad'u menjauh, xnk dtg liqo barulah daie ni tersedar dan kena cuba sambung balik DF yang tergendala dahulu. padahal proses taaruf itu sepatutnya berterusan dan bertambah baik apabila sama2 duduk dlm satu liqo'.
-sebab itulah sebenarnya usrah/liqo' adalah salah satu uslub(cara) sahaja. kita ada pelbagai lagi program tarbiyah yg boleh dibuat secara konsisten supaya mad'u tidak boring dan menjadi teruja dgn aktiviti2 yg berbeza ie katibah, daurah, jaulah, tamrin etc.
-but still, daie kena follow up dan attach dgn mad'u walaupun pada program2 umum (daurah etc) sbb walau apa2 pun, proses pembinaan diri mereka itu mainly dibuat dalam kumpulan kecil ie liqo'.
-be creative iAllah. nak menjelaskan kepentingan dan meletakkan prioriti mutarabbi kita itu perlukan taaruf,hubungan dua hala yang kukuh, dan perlukan proses yg mungkin sekejap/lama, bergantung kepada jenis individu. ia bukan teori dalam buku sahaja..


Wallahualam. xtau menjawab atau tidak soalan tsbut.
sbb pada akak, komitmen pada tarbiyah yg berterusan tidak akan lahir tanpa proses2 awal pengenalan dan pembinaan diri yg menyentuh jiwa mereka. Komitmen mereka tu, semuanya hadiah dari Allah, ilham dariNya.


'Jadilah arkitek dakwah, murabbi tarbiyah'

:)



Semoga kita dapat muhasabah dan perbaiki lagi gerak kerja kita. Mujahadah itu perlu dalam medan amal ini.

Wassalam.

3 comments:

Zaid Harithah Mohd Badry said...

inspiring. jazaakallahu khair for the share

ubay said...

._.

Menang atau Syahid Adwa' said...

Zaid Hirathah : wokey sesama :) wa iyyak

ubay :D