Monday, January 10

Nobita dan Giant

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat keatas rasul junjungan yang membawa rahmat ke sekelian alam.


Salam semua. Macamana iman antum?


Nak share satu cerita ni.
tak bukan pasal AJL -_-
Eh bukan jugak pasal ciri ciri zaujah idaman adwa' -_-"


Pasal satu cerita kehidupan, berdasarkan kisah benar, yang adwa' sanjungi.


Ada seorang akh ni, Encik Nobita meminjam sebuah kereta seorang akh yang lain, Encik Giant.
Kereta ini memang dibeli oleh Giant tu, kereta terpakai, tapi diberi pinjam oleh Nobita untuk kegunaan hariannya.


(Nobita ni ada je kereta, cuma da lame tersadai. Rosak. Doraemon pulak takde nak peduli.)


Nak dijadikan cerita, satu malam, usai aktiviti tarbiyah Nobita, beliau telah meletakkan kereta di hadapan rumah tanpa memasukkannya di perkarangan rumah.


Keesokkan harinya, terkejutlah sang Nobita apabila kereta itu tiada lagi di hadapan rumah. Menjauhi sikap buruk sangka, kepada Allah juga kepada makhluk, maka Nobita pasrah dan berhajat untuk berterus terang kepada Giant.


Namun, alangkah terkejutnya Nobita, ketika dia menceritakan perihal itu pada Giant,
sambil tersenyum tenang Giant tu berkata,


"Takpe lah, dah hilang tu nak buat macam mana deh"

Hampir tak percaya hati Nobita dengan ketulusan hati akh tersebut. Di hadapannya, terzahir satu potret pengorbanan seperti peristiwa hijrah dahulu, dimana saudara Ansar sedia memberi harta kebendaan mereka kepada saudara muhajirin yang belum pernah mereka ketemu sebelum ini!

Alhamdulillah, tidak lama kemudian Allah mengilhamkan supaya syarikat insuran itu membayar berkali kali ganda harga kereta tersebut, dapatlah akh Giant membeli sebiji van Mercedes untuk perjalanan da'wah.

~ ~ * The end * ~ ~




p/s : cemburunya melihat ukhuwah orang lain! Mahalnya ukhuwah, tidak ternilai dengan harta dunia.

pp/s : Doraemon tidak terlibat dalam cerita ini.


2 comments:

Aulia Huwaina said...

nak taip ni haa...

MasyaAllah! tak sangka kan?
tak ramai yang boleh berlapang dada macam tu, tapi kuasa Allah. Tiada yg mustahil.

jeles jugak... T___T

Menang atau Syahid Adwa' said...

tu la
terharu + sebak kalau jadi kat diri sendri kan

tapi dari berharap orang lain berlapang dada dengan kita
kita lagi dulu kena sentiasa berlapang dada dengan orang :)