Tuesday, January 4

Kitaran Hidup.(Adwa's Version)



Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam buat rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW.



Pernah tak kita terfikir,
apa sebenarnya ringkasan hidup kita?

Umumnya, hidup kita berkitar dalam satu pola. Satu corak yang dapat menunjukkan bagaimana we live our lives bak kate omputih.


Bangun je tidur, g kerja sebab nak cari duit untuk makan.
Pastu balik kerja, bermanja manja dengan isteri dan anak anak.
Lepak lepak tengok tv, facebook,   g masjid solat.
Pastu makan.
Malamnya mungkin baca kitab kitab, atau buku buku ilmiah. Tonton tv.
Tidur awal untuk kerja.
Esoknya kerja, nak cari duit untuk makan



Dan ia berulang.
Berulang dan terus berulang, berkisahkan hanya tentang diri sendiri.
Secara umumnya, sinopis hidup seorang insan hanya berkisar untuk menyambung kehidupannya pada keesokkan hari.



Tidakkah kita sedar yang betapa pendeknya hadaf hidup kita? Betapa hidup ini hanya bermatlamatkan satu visi yang sementara. Walhal kita adalah satu penciptaan yang telah ditetapkan matlamatnya. 




أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
 (Ar Ruum : 8)


Dan dengan itu, hidup hanya  dirasakan seperti satu rutin untuk survival di dunia yang sementara ini. Oh! Cuba kita bandingkan kehidupan kita dengan makhluk makhluk lain?

Makhluk lain juga tidur. Bangun dari tidur dan makan. Bergaul dengan anak anak mereka. Pulang dari berburu, makan dan tidur untuk berehat, dan menyambung kehidupan yang sama esoknya?




Dimana letaknya perbezaan antara kitaran hidup kita, manusia dan makhluk makhluk lain? Apakah darjat kebesaran "sebaik baik kejadian" hanyalah satu pangkat nama tanpa digalasi dengan sebarang tanggungjawab? Sedangkan Allah sudah berfirman,




إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk."
(Al Bayyinah : 7) 




Tidakkah kita mengerti, firman Allah,




أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ
"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al Mukminun : 115) 


  Hakikatnya, walau ramai menyedari matlamat manusia adalah untuk mengabdikan diri pada Allah dan menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dibumi, namun masih selesa dalam kitaran hidup yang sama, seolah olah sudah sangat selesa dengan hidup. Bila bercakap soal kembalikan khilafah islamiah, semua tunjukkan hamasah yang membara, namun suara suara lantang itu hanyalah kedengaran dari celah celah titik kehidupan dalam kitaran yang sama dengan orang lain. 

  Adakah daulah islamiyah akan tercapai jika kita terus sahaja mendengar ceramah ceramah di masjid atau menghabiskan masa berjam jam di depan komputer? 

  Adakah ustaziyatul alam dapat dikecapi jika semua muslim berpeluk tubuh sambil menanti datangnya penyelamat agama bangkit?

  Jika menyusuri jalan dakwah itu menuntut pengorbanan, maka apa sebenarnya jalan dakwah seseorang itu, jika hidupnya masih bersenang lenang? Tidakkah dengan alasan "berdakwah hanya di facebook", atau "hadir ke usrah hanya jika tiada sebarang aktiviti lain" dan "berinfaq hanya jika ada rezeki lebih", menzahirkan satu manifiestasi keadaan "Bersenang lenang"? 


  Adakah lagi elemen pengorbanan seperti para sahabat yang terdahulu? Meninggalkan keluarga untuk keluar menyampaikan islam? atau menyahut seruan perjuangan dari  rasul tanpa mengira keadaan diri atau masalah yang sedang dihadapi? atau pantas menginfaqkan harta walau suapan roti untuk esok belum tentu tersedia? 

  Begitu banyak persoalan hidup, menandakan hidup ini bukan tempatnya berehat santai, malahan adalah satu penjara derita!

  Bak kata ustaz hasrizal, erti hidup adalah pada memberi. Marilah kita keluar dari kitaran bodoh yang selama ni mencorakkan hidup kita. Islam itu bukan untuk diadaptasikan dalam kehidupan, malah kehidupan itu sendiri adalah Islam. Hidupilah sisa sisa hidup kita untuk ummah,bukan hanya untuk diri sendiri. Alang alang akan mati, biarlah mati dengan mulia.


كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan?
(Al Baqarah : 28)

No comments: