Tuesday, January 25

Al Adabul Ikhtilaf

Dulu

Seorang sahabat (ada riwayat merujuk kepada Abu Hurairah) melalui sebuah jalan,dan akan tunduk setiap kali tiba di satu tempat tertentu. Apabila ditanya, jawab sahabat itu,

"Aku melihat Nabi tunduk ketika melalui jalan ini"

Sedangkan Nabi tunduk kerana mahu mengelak ranting pokok yang menghalang jalan. Walhal ketika mana sahabat itu melalui jalan tersebut, pokok itu sudah lama tiada.


Sekarang

Setelah selesai bersolat, maka seorang pakcik ini menyapu dahi dan mukanya dengan tangan kanan seusai memberi salam.

Walhal pakcik ini solat di dalam masjid yang cukup bersih, bebas dari pasir pasir atau habuk habuk kerana diurus rapi oleh tok siak masjid. Jadi xada keperluan menyapu dahi seperti mana mereka yang bersolat di atas tanah atau di kawasan berpasir.




Dengan situasi di atas, ada dua respon yang terbit rata ratanya.

Respon 1

"Sunnah adalah untuk difahami, baru diamalkan. Bukan hanya bertaqlid buta"


Respon 2

"Aku hanya melihat Rasul junjungan berbuat demikian. Aku turuti kerana cintaku padanya."




Respon Adwa'

"Orang yang berjalan di bumi Allah dengan niat yang baik, itu ibadah. Orang yang tidak solat, itu berdosa."


Usah terlalu fokus pada perkara furu', risau ia mencetus persengketaan.
Kesatuan ummah itu taruhannya.


p/s : Sedang baca Adab Ikhtilaf : Formula Mengekalkan Perpaduan Ummah.
Next : Travelog Iran Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad.



1 comment:

Aulia Huwaina said...

wah. baca buku, lepas ni share lagi. :D